BLOG PERSENDIRIAN... Sila Layari...

Wednesday, 20 February 2013

Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 / 2012

   
Rabu, 02 Januari 2013 09:03
SPK 8/2012 : Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan 
Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan 
Per Kapita dan Enrolmen Murid

Dimaklumkan bahawa, pihak Kementerian telah mengeluarkan SPK 8/2012
bagi menggantikan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2010
dan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2012. SPK 8/2012 ini mula
berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.
Sehubungan dengan itu, semua pihak terlibat diminta mematuhi
garis panduan baharu ini dalam mengurus kewangan sekolah.

(Sila klik kandungan file di bawah untuk muat turun dokumen.
Klik kanan dan klik save target as..
untuk muat turun dokumen dengan lebih cepat)

Attachments:


Download this file (SPK 8_2012.pdf)SPK 8_2012.pdf

Wednesday, 13 February 2013


Salam, mohon semua GDM membuat semakan dan mengemaskini data sebelum 15 Feb 2013 terutama bagi pengisian barisan pentadbir sekolah kerana data akan diambil untuk Mesyuarat Laporan Barisan Hadapan yang dihadiri oleh Pengarah2 JPN pada 20hb Feb 2013 di KPM. Harap maklum...

Sunday, 10 February 2013


HEBAHAN : KURSUS-KURSUS BAHASA ASING YANG AKAN DIJALANKAN DALAM TAHUN 2013 DI INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR)
Postmaster Kementerian Pelajaran Malaysia
Actions
To:
 MOE Mailing List 
YBhg. Tan Sri/ Datuk/Dato’/Datin/Tuan/ Puan,
 
KURSUS-KURSUS BAHASA ASING YANG AKAN DIJALANKAN DALAM TAHUN 2013
DI INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR)
 
Dengan segala hormatnya saya telah diarah menarik perhatian YBhg. Tan Sri/ Datuk/Dato’/Datin/Tuan/ Puan mengenai perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Bahasa, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) akan mengendalikan kursus-kursus Bahasa Asing seperti ketetapan berikut:
 
BIL.
NAMA KURSUS
TARIKH KURSUS
TARIKH TUTUP MOHON
CATATAN
1.
Kursus Bahasa Arab-
Tahap IV (AR 410)
28 Jan-26 Jun 2013
7 Januari 2013
Isnin & Rabu
2.
Kursus Bahasa Arab-
Tahap IX (AR 910)
29 Jan-27 Jun 2013
8 Januari 2013
Selasa & Khamis
3.
Kursus Bahasa Arab-
Tahap V (AR 510)
19 Ogos 2013-20 Jan 2014
19 Julai 2013
Isnin & Rabu
4.
Kursus Bahasa Arab-
Tahap X (AR 1010)
20 Ogos 2013 - 21 Jan 2014
10 Julai 2013
Selasa & Khamis
 
5.
Kursus Bahasa Perancis-
Tahap II (FR 210)
8 Apr- 3 Julai 2013
8 Mac 2013
Isnin & Rabu
6.
Kursus Bahasa Perancis-
Tahap IV (FR 410)
9 Apr-2 Julai 2013
9 Mac 2013
Selasa & Khamis
7.
Kursus Bahasa Perancis-
Tahap III (FR 310)
19 Ogos-20 Nov 2013
19 Julai 2013
Isnin & Rabu
8.
Kursus Bahasa Perancis-
Tahap V (FR 510)
20 Ogos-21 Nov 2013
20 Julai 2013
Selasa & Khamis
9.
Kursus Bahasa Perancis-
Tahap IX (FR 910)
11 Okt 2013-30 Mei 2014
11 Sept 2013
Jumaat
 
10.
Kursus Bahasa Sepanyol-
Tahap V (SP 510)
21 Ogos – 6 Nov 2013
18 Julai 2013
Rabu & Jumaat
11.
Kursus Bahasa Sepanyol-
Tahap I (SP 110)
8 Jan-26 Mac 2013
2 Januari 2013
Selasa & Khamis
12.
Kursus Bahasa Sepanyol-
Tahap III-1/2013 (SP 310)
9 Jan-29 Mac 2013
2 Januari 2013
Rabu & Jumaat
13.
Kursus Bahasa Sepanyol-
Tahap III-2/2013 (SP 310)
20 Ogos-7 Nov 2013
19 Julai 2013
Selasa & Khamis
14.
Kursus Bahasa Sepanyol-
Tahap II (SP 210)
16 April-20 Jun 2013
15 Mac 2013
Selasa & Khamis
15.
Kursus Bahasa Sepanyol-
Tahap IV (SP 410)
17 April-26 Jun 2013
11 Mac 2013
Rabu & Jumaat
16.
Kursus Bahasa Sepanyol-
Tahap VI (SP 610)
7 Jan-3 Jun 2013
2 Januari 2013
Isnin
17.
Kursus Bahasa Sepanyol-
Tahap VII (SP 710)
17 Jun-23 Disember 2013
16 Mei 2013
Isnin
 
18.
Kursus Bahasa Mandarin Tahap- 1 (MD 110)
18 Feb-14 April 2013
11 Jan 2013
Isnin & Rabu
 
 
3.        Sehubungan itu, pihak IDFR menjemput pegawai dan kakitangan KPM untuk mengikuti kursus-kursus yang dinyatakan di atas. Bersama-sama ini dilampirkan perkara-perkara berikut untuk makluman dan tindakan YBhg. Tan Sri/ Datuk/Dato’/Datin/Tuan/ Puan selanjutnya:
 
a)    Maklumat Kursus; dan
b)    Borang Permohonan Kursus (IDFR 1/97).
 
4.         Permohonan kursus juga boleh dibuat melalui atas talian di laman web IDFR (www.idfr.gov.my). Segala kerjasama daripada pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk/Dato’/Datin/Tuan/ Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
SITI ROHAYU BINTI SHAHRUDIN
Penolong Setiausaha
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
No. Telefon : 03-88847942 / 019-4262507
No. Faks      : 03-88847925

Wednesday, 6 February 2013

Jemaah Nazir menyarankan pengisian SKPM diisi lebih awal bagi mengelakkan talian sibuk di saat akhir sebelum 20 Mac 2013. Mohon maklumkan kepada pihak pentadbir...

Monday, 21 January 2013

Hebahan 03-8000 8000 1NOMBOR SEMUA KEMENTERIAN


2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Panggilan 1 Malaysia atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC) kini memasuki fasa dua dengan penglibatan kesemua 25 kementerian mulai 15 Januari 2013. Fasa satu 1MOCC telah dilaksanakan secara perintis sejak November 2012 merangkumi Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Putrajaya serta 21 agensi lain di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pelancaran 1MOCC telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12 November 2012. 1MOCC merupakan satu projekNational Flagship di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) bertujuan untuk memudah cara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat. 1MOCC membolehkan orang awam untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi Kerajaan menggunakan satu nombor perhubungan tunggal, 03 8000 8000.
3.      Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dipohon untuk menghebahkan peluasan 1MOCC kepada warga agensi/jabatan/kementerian masing-masing dan memuatnaik banner promosi 1MOCC di laman web/portal agensi/jabatan/kementerian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Sukacita bersama-sama ini disertakan banner tersebut untuk perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Untuk maklumat lanjut mengenai 1MOCC, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah melayari laman web rasmi Kerajaan, www.malaysia.gov.my.
 
4.      Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam menjayakan promosi 1MOCC amatlah dihargai dan semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.
 
Sekian, terima kasih.
 
"BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI"
 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
 
NUR RISYAH BINTI MUSA
UNIT PROMOSI DAN PUBLISITI
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN KOMUNIKASI KORPORAT
MAMPU
 
T: 03 8872 5039 | F: 03 8888 3566

HIMPUNANAN GURU MUDA 1MALAYSIA


Saturday, 19 January 2013

Perkasakan Data Emisonline Januari 2013

Salam semua GDM
SMKA dan SABK Negeri Terengganu. 

Mohon update kan data guru dan AKS termasuk Gred gaji, jawatan luar norma dan semua item termasuk kelas MPV, Kelas MPT dan enrolmen murid setiap kelas dan tingkatan.

Kutipan data oleh BPI KPM untuk status Januari 2013 akan dilaksanakan. SPI JPNT akan menjemput semua GDM ke mesyuarat pengurusan data dengan mengimport data daripada Emisonline. Ketepatan data adalah berasaskan daripada pengisian data dari sekolah masing-masing. Harap maklum. Terima kasih.

Sila layari : http://gpimjpnt.blogspot.com.